Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah.
Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..
Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..
kadang2 timbul di benakku persoalan.Siapakah jodohku?.
Aku pernah bertanya pada diri...mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan aku atau yang aku sayang?
setelah difikirkan..Jawapannya..dua-dua bukan..
Pilihan hati aku adalah yang sayangkan aku kerana Allah..
Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?
Jawapannya...Yang paling tahu hanya Allah..kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..Jatuh cinta perkara biasa...
Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu...
Aku pernah terbaca satu artikel mengenai jodoh yg telah ditetapkan Allah..dlm artikel tu tertulis..
Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..
Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya...
Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kitarenungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya...jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata..kita perlu ingat yg hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti...Selepasmembaca artikel ni baru aku mengerti siapapun jodoh yang Allah hantarkan untukku..aku terima dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang aku benci... dan x mustahil dia adalah org yg aku sayang..jika jodoh ku adalah lelaki yg aku benci, lantaran kelemahan yang ada pada dia, aku perlu ingat bahawa aku juga tidak sempurna..dan bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin aku ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin aku sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang aku sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada diriku. Aku harus belajar mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk mensyukuri nikmat-Nya..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah....
kredit to:http://www.myspace.com/zueragon/blog
No comments:
Post a Comment