" Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan coklat untuk hantaran kahwin, tunang dan majlis hari jadi boleh hubungi miss keroppi.Email zuraidah1508@gmail.com. Harga boleh dirunding..tq"

Monday, January 31, 2011

Dugaan betul la...

Baru nak rase lega dengan persiapan yang telah dibuat..huhu
Fuhhh...tarik nafas dulu la sbelum nak cite...
Pagi tadi dpt msg dari my kakak..yang duk segamat tu...
Dia suh aku stanby wak hantaran sndiri sbb dia tak tau dapat balik ke tak...
Huhu sedih wooo....Maklumlah aku berharap kat dia je..Seme bakul-bakul yg dah siap ada ngan dia tau..
Ni rase mcm frust nonggeng skt ni...Mase dah suntuk plak tu...
Lepas ni kena cri apa yang patut la..x bersemangat plop rase..uwaaa 
some1 plezzz help meee...
Tapi nak buat cane kan...hujan ni rahmat tuhan..banjir pun bukan bole dijangka...
skang kak aku ada kat pusat pemindahan banjir lagi..
Ya Allah..aku harap sgt banjir cepat-cepat surut..Amin


p/s:mase taip ni..bnyk kali mengeluh..huhuhu   
      Ini hanya dugaan yg kecil dari Allah..Akan datng x tau lagi cane kan?
      

Friday, January 28, 2011

Veil untuk majlis pertunangan

Salam


Skang ni tengah pening-poning kopala fikir nak pakai veil yang camne untuk majlis tunang aku nanti...
Aku ada baca satu blog ni..iedayah..dia punye veil memang cantik sgt2..simple je.
Dahla DIY sendirik je..
Dengan itu,aku pun bertungkus lumus la cuba buat kan..Ada lebihan kain untuk baju tunang..
Tapi terlebih kecik la pulak..huhu
Terus carik en guggle jap...
Jom usha pic bwh ni..Mane tahu korang pun tgh pening kepala mcm aku gak...hehe


kredit to guggle..cantik kan?

ni labuh sangat kan?

Last2...aku ase pakai tudung siti je kot...ok tak?

Thursday, January 27, 2011

DIY:Bunga Riben

Jom sama-sama buat bunga riben..


Sebelum sampai umah tadi..singgah kt Era Nona jap..beli apa yang tak cukup lagi...
Beli gabus untuk sirih..Tapi tak tau nak buat bentuk cane..ingatkan nak gabus petak tapi xdek pulak...
Ambik jela yang mane ase boleh buat dan simple..
Cari jarum peniti..gam..Settle..jom bayar..hehe
Last baru mr keroppi ingat nak beli riben untuk letak kat kete..
Em mula-mula nak beli yang dah siap...tapi bila pk2 balik...rugi je ..baik beli riben dan buat sendirik..
Aku jugak yang kena buat..aku bukan pandai pun...
Sampai kt umah...siap segala bagai..terus dating ngn en guggle jap...
Cari cara wak bunga riben...jumpa jugak akhirnye...
Gigih tul aku membuatnye..1 gulung tu aku boleh buat 6 kuntum je..korang buat boleh berape ek???
nanti aku upload gambo ye..hehe


p/s:dapat buah limau kt kedai era nona td..sebijik jew...

Wednesday, January 26, 2011

Tiramisu time

korang suka tak cite ni?hehe
Pah balik keje je..terus siap-siap cepat2 tau...
Bukan nak kua ngan mr keroppi pun..haha
Nak menhadap tb la..4.30 layan cite drama melayu..tv3..
Lepas tu menghadap drama indon buk..bisa di atur.hehe tv9
Rehat jap...Sambung tengok TiraMisu plak..Aku suka kedai bunga tu je...(aci ke??)
Bukan pe...bunga semua lawa-lawa...kaler meriah sekali tu...


Layan lagu Ost Tiramisu pun best gak kan?




Kek tiramisu pun besttttt.....terbaik la..





Kain Sulam timbul

Sape suke beli kain sulam...?angkat kaki..hehe 
Aku tengok kain sulam ni dalam facebook sorang hamba Allah ni..
Memang lawa tau..dia buat baju kurung moden untuk majlis pertunangan dia..
Yang dia punye kaler putih..bunga sulam tu kaler pink...memang lawa...
memang kenang goh ah..hehe
Aku pun usha-usha kat blog..facebook yang ada jual kain sulam ni...
Banyak tol orang busines kain sulam ni tau

Tapi kita ni nak membeli mestilah kena pandai kan...
Aku bandingkanlah harga yang ada..Last-last kat sini paling murah dan berbaloi.
Sebenarnya aku nak buat untuk raya tahun ni tau..
Tak terpk pulak majlis tunang aku dipercepatkan...Tapi takpe..Moga-moga Allah memudahkan segalanya..Amin

Masa order kain tu harga Rm120..
Aku mintak kasik kurang lagi...dapatla seratus..hehe

kat bawah ni kain yang aku beli...lawa tak??
tapi kain alas kena beli sendirik tau..hehe


Tuesday, January 25, 2011

jom Shopim keroppi.... \o/

Lame betul tak shopim barang keroppi...
Kalau tak silap aku sejak keje kat bume neram ni memang xde bertambah pun stok keroppiku...huhu
mr.keroppi....bile nak temankan mrs keroppi shopim???wink wink...
Em sebenarnye bukan tak jumpa barang baru tapi sekarang ni kitorang kena berjimat..haha
Untuk masa depanla katakan...
Tapi aku teringin tul nak beli macam kat bawah ni....
Jom usha sama-sama ye.....

yang ni aku nak letak brooch2....aksesori 2
em mau yang ni sgt2..huhu tapi kan hari tu dah jumpa kat IOI mall kt puchong tapi gambar keroppi tak lawa mcm ni..huhu

Bawak gi jalan-jalan ok gak ni kan?cute je

p/s: gambar dari pakcik gugle

Sakit gigi.... ;(







Waaaa...sakit betul kan bila gigi sakit kan..huhu
memang xde mood tol bile brekpes pagi tadi kat kantin.
Tengah selera tengok nasi goreng..tup..tup salah gigit...
Memangla gigi aku ada masalah kat geraham..
otometik kuo air mata..huwahuwa sakit wooooo....
terus xde selera la aku nak makan..Jahat tol ayam goreng yang membuatkan gigiku sakit..huhu


Macammane ek nak hilangkan sakit gigi selain dari makan ubat tahan sakit???
Sapa tau???Em baik tanya pak cik gugle..hehe


1. Cobalah untuk berkumur terlebih dahulu dengan obat kumur antiseptic, hal ini dilakukan untuk membunuh bakteri-bakteri dimulut.
2. Atau Anda juga bisa membuat teh kental tanpa gula untuk berkumur-kumur.
3. Gunakan ubat penghilang rasa sakit
p/s:kat atas ni..pak cik gugle yang cakap...ada jugak ubat tahan sakit ek..huhu

Sunday, January 23, 2011

Siapakah jodoh ku......? Indahkah CInta..??

 Setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. 
Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. 
Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..
Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..
kadang2 timbul di benakku persoalan.Siapakah jodohku?. 
Aku pernah bertanya pada diri...mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan  aku atau yang aku sayang?
setelah difikirkan..Jawapannya..dua-dua bukan..
Pilihan hati aku adalah yang sayangkan aku kerana Allah..
Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?
Jawapannya...Yang paling tahu hanya Allah..kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..Jatuh cinta perkara biasa... 
Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu...
 Aku pernah terbaca satu artikel mengenai jodoh yg telah ditetapkan Allah..dlm artikel tu tertulis..
Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..
 Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya...
Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kitarenungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya...jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata..kita perlu ingat yg hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti...Selepasmembaca artikel ni baru aku mengerti siapapun jodoh yang Allah hantarkan untukku..aku terima dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang aku benci... dan x mustahil dia adalah org yg aku sayang..jika jodoh ku adalah lelaki yg aku benci, lantaran kelemahan yang ada pada dia, aku perlu ingat bahawa aku juga tidak sempurna..dan  bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin aku ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin aku sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang aku sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada diriku. Aku harus belajar mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk mensyukuri nikmat-Nya..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah....

hidup baru...

Lama betul tak update blog ni..Dah bersawang agaknye..hehe .14 Januari 2011 genapla umur aku 25 tahun..hehe muda lagi kan?kan?haha
Aku harap tahun 2011..umurku 25 tahun ...aku dapat apa yang aku cita-citakan iaitu untuk hidup bahagia dgn dia...
Tahun ni takde cake besday from him..but its ok..hehe
Thanks for him dgn ucapan hari lahir untukku..
Takpelah xde hadiah pun..asalkan kite sentiasa bahagia..
Apa yang dirancang pada hari tersebut dibatalkan atas sbb2 tertentu...
Semoga apa yang kami rancangkan untuk tahun 2011 ni berjalan dengan sebaik-baiknya...Amin

Counting days...13 hari je lagi...berdebar jugak rasanye...:)

jom follow mrs..keroppi

klik klik